Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Almerez B mara pusingan kedua

    Oleh Ak Zaki Kasharan 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 SEPT – Pasukan Almerez B mara ke pusingan kedua Kejohanan Futsal Keputeraan 2022 setelah berjaya menempatkan diri sebagai pemenang kumpulan C sambil diiringi oleh pasukan Brunei 88 B.

    Almerez yang bergelar sebagai pasukan juara bertahan turun membariskan pemain-pemain utama termasuk menampilkan pemain paling muda pada Kejohanan Futsal Keputeraan
    2022, Syafiq Aiman yang berusia 16 tahun.

    Syafiq Aiman yang berlatih bersama skuad Akademy Almerez berjaya menunjukkan potensi sepanjang beraksi bersama pasukan utama dengan membantu pasukan Almerez menyerlah dengan kejayaan mengutip tujuh mata melalui tiga perlawanan dalam kumpulan C.

    Skuad itu membuka persaingan dengan menewaskan pasukan Bunei 88 B  3-2 sebelum mengikat kedudukan 1-1 dengan pasukan Perwira A dan menutup tirai perlawanan peringkat saringan dengan membelasah pasukan One Solution 6-0.

    Terdahulu sebelum itu, dua pasukan terbaik dalam kumpulan A iaitu pasukan Kasuka & Ar Rawda dan Perwira B, manakala pasukan Perwira C dan Brunei 88 A dari kumpulan B masing-masing berjaya mara ke pusingan kedua kejohanan.  

    Pada masa yang sama, pasukan  SU A dan DDT FT B turut melangkah ke pusingan kedua mewakili kumpulan D.

    Sementara itu, pasukan SU B dan GG FT merupakan pasukan terakhir berjaya  mara untuk melengkapkan slot 16 pasukan bersaing dalam pusingan kedua kejohanan.  

    Kedua-dua pasukan berkenaan merupakan pasukan ketiga terbaik dari tujuh kumpulan.

    Kejohanan anjuran Jawatankuasa Futsal Keputeraan 2022 yang mendapat sokongan Persatuan Bolasepak Brunei Darussalam (FABD) disertai oleh 28 buah pasukan telah dibahagikan kepada tujuh kumpulan bagi bersaing memburu gelaran juara yang berlangsung di Dewan Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam (UBD).

    Pemain Almerez B bergambar ramai sebelum perlawanan Kejohanan Futsal Keputeraan 2022 di Dewan Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam (UBD) kelmarin. – Gambar serahan AJK Futsal Piala Keputeraan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...