Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Almerez FC catat kemenangan ketiga

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MAC – Persaingan Liga Futsal Brunei (BFL) 2023 semakin rancak apabila pasukan Almerez FC berjaya mencatatkan kemenangan ketiga dengan menjinakkan pasukan BIBD SRC 5-0 di Dewan Serba guna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

    Pasukan Almerez terikat dengan kedudukan 1-1 menentang pasukan Kota Ranger pada perlawanan yang lalu, bagaimanapun berjaya menampilkan permainan yang lebih yakin dengan taktikal perlawanan yang menarik.

    Penyerang sensasi, Awangku Mohd Amirul Haziq hanya menunggu sehingga minit ke-3 untuk merobek gawang BIBD SRC sebelum Awangku Mohd Wazien menambah jaringan pada minit ke-12.

    Pasukan BIBD RSC yang juga bertekad untuk menambah kemenangan bagaimanapun mula tertekan dengan jaringan menarik Awangku Mohd Amirul Haziq di minit ke-27, Awang Syazwan bin Haji Hassan pada minit ke-30 minit dan Awang Nur Syafiq Aiman bin Salmizan di minit ke-34.

    “Pasukan BIBD mempunyai kelebihan tersendiri namun saya memuji pemain-pemain Almerez yang bermain mengikut disiplin yang baik terutama dibabak kedua dengan permainan yang menyerlah dan bijak menyempurnakan peluang-peluang untuk mencipta kemenangan,” jelas Ketua Jurulatih Almerez, Haji Muhd Abdul Azim bin Haji Zakeria.

    Beliau mengakui anak buahnya akan menerima cabaran yang lebih berat bertemu dengan pasukan GG-Indera SC dan seterusnya dengan pasukan MS ABDB Perwira.

    “Saya yakin dengan persiapan yang bersungguh-sungguh, tidak mustahil pasukan akan berjaya mengalas misi kemenangan nanti,” ujarnya.

    Sementara itu, pada perlawanan yang berlangsung di Dewan Kompleks Sukan Kementerian Pertahanan menyaksikan pasukan Shah United lega mencatat kemenangan sulung dengan menewaskan pasukan Qahar FT dengan jaringan 6-2 sementara pasukan PES turut memperolehi kemenangan pertama selepas mengalahkan pasukan DDT FT dengan jaringan 4-2.

    Aksi pemain Almerez dan BIBD SRC semasa kejohanan berkenaan. – Gambar serahan BFL
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...