Saturday, December 7, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Almerez FC kembali temui sentuhan kemenangan

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JUN – Pasukan Almerez FC kembali mencatatkan kemenangan dalam Liga Futsal Brunei (BFL) 2021 selepas menewaskan Kota Ranger 8-2 di Dewan Serba guna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, kelmarin.

    Mohd Radhi bin Raduan, Muhammad Fithratul Rahman bin Ratano dan Mohd Aiman bin Haji Mohd Amin mempamerkan aksi cemerlang dengan masing-masing mencetak dua gol dalam pertemuan di Kumpulan A.

    Ketiga-tiga pemain tersebut disertai oleh Awangku Mohd Amirul Haziq bin Pengiran Kamshulzaman dan Haji Mohammad Zainol Ariffin bin Hassan dalam senarai penjaring gol.

    Gol pasukan Kota Ranger terhasil daripada Mohd Hardyman bin Haji Abdul Lamit dan Abdul Badri Izdihar bin Haji Abdul Lamit.

    Sementara itu Pengurus Pasukan Almerez FC, Pengiran Haji Kamarunsalehin bin Pengiran Haji Kamis memberitahu wartawan, “Perlawanan yang sangat mencabar selepas mencatatkan kekalahan dalam perlawanan sebelum ini, ia sedikit sebanyak menjejaskan moral pemain.”

    Beliau menambah, “Tetapi kami perlahan-lahan kembali bangkit dan membuat persediaan rapi untuk perlawanan malam ini menentang Kota Ranger yang sebelum ini mencatatkan dua kemenangan dalam perlawanan terakhir mereka.

    “Saya gembira pemain-pemain beraksi dengan baik dan meraih tiga mata penuh.”

    Pasukan Kota Ranger dilihat akan melanjutkan rekod tanpa kalah mereka berikutan kemenangan menentang BIBD SRC dan GG FT dalam dua perlawanan sebelum ini.

    Sementara itu, MS ABDB terus cemerlang di Kumpulan B selepas menang 4-2 ke atas PES.

    Awangku Mohd Jumatatul Aleshahrezan bin Pengiran Metali meletakkan pasukan MS ABDB di hadapan seawal minit kelima tetapi pasukan PES bangkit dan mendahului perlawanan melalui dua jaringan pantas Ahmad Muhazzib Haririe bin Haji Mohd Daud.

    Reaksi pemain Almerez selepas menjaringkan gol ketika menentang Kota Ranger, baru-baru ini. – Gambar serahan BFL
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda