Sunday, April 20, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Almy Nadia alami pendarahan, terpaksa gugur kandungan

    Dijangka hamil empat minggu, pelakon Datin Almy Nadia dipercayai keguguran setelah mengalami pendarahan pada rahim sejak 22 Mei lalu.

    Suaminya, Datuk Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 40, berkata pendarahan yang dialami berlaku ketika isterinya berada di rumah, dua hari sebelum sambutan Aidilfitri pada Ahad.

    “Dua hari sebelum raya, Almy mula mengalami pendarahan pada rahim.

    “Malam tu juga kami telefon doktor dan bertanya tentang pendarahan tersebut. Doktor kata kalau darah keluar lebih banyak, terus maklumkan padanya,” ujarnya.

    Menurut Fizz, selepas membuat pemeriksaan, terdapat darah beku pada rahim Almy yang kelihatan seperti ulser malah saiznya membesar sehingga satu sentimeter (cm) setiap hari.

    “Keesokan harinya saya bawa Almy ke hospital dan buat pemeriksaan. Ada darah beku pada rahim Almy… seperti ulser.

    “Hari pertama darah beku tu hanya berukuran 1cm, hari ketiga ia membesar kepada 3cm hingga 6cm semalam,” katanya ketika memberitahu media pada Khamis lalu.

    Tambahnya, Almy juga kelihatan terlalu lemah dan pucat kerana kehilangan terlalu banyak darah sebelum doktor membuat keputusan untuk melakukan pembedahan membuang darah beku dan mencuci rahim.

    Pembedahan itu dijalankan pada Khamis kira-kira pukul 3:30 petang sehingga 5:45 petang di sebuah hospital swasta di Setapak, Kuala Lumpur.

    “Semalam dia mengalami sakit yang teramat sangat sampai muka dia pucat. Almy pun langsung tak dapat tidur, sakit sangat macam orang nak beranak.

    “Jadi doktor ambil keputusan untuk buat pembedahan dan keluarkan darah beku tersebut dan cuci rahim kerana darah sudah terlalu banyak keluar,” ujar Fizz.

    Ketika ditanya punca pendarahan tersebut, pelakon itu berkata kemungkinan isterinya hamil empat minggu.

    Namun, perkara itu belum dapat disahkan kerana pihak hospital masih melakukan pemeriksaan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda