Almy tertekan lihat keadaan Fizz Fairuz

Tular di media sosial milik Almy Nadia yang meluahkan rasa sedih melihat perubahan mendadak suaminya Dato Fizz Fairuz, selepas tamat berlakon cerita seram berjudul Misteri Topeng Barongan di kawasan Kampung Sahom, Gopeng, Perak.

Dipetik dari Instagram Datin Almy Nadia, suaminya diserang penyakit misteri selepas pulang dari penggambaran tersebut. Menurut Datin Almy, suaminya sering dalam keadaan termenung, mood berubah, tidak ceria seperti dahulu.

Meski suaminya telah berubat, namun masih terdapat sisa baki gangguan dan ianya bukan mudah untuk pulih serta kembali ceria seperti dahulu dan hal ini membuat Datin Almy berasa tertekan.

“Memang pasal kau, laki aku kurus kering sakit tau.

“Balik dari shooting cerita seram itu, suami saya @fizzfairuzofficial di landa sakit misteri sampai tidak makan, tidak minum dua minggu. Sampai di serang sakit gastrik, walaupun dah berubat tapi bekas sisa baki tu masih ada

Almy Nadia yang meluahkan rasa sedih melihat perubahan mendadak suaminya Fizz Fairuz, selepas tamat berlakon cerita seram. – Agensi

“Sekarang sudah pulih tapi masih suami saya di landa sakit termenung, moody, sakit, susah senyum dan tidak ceria macam dulu.

“Disebabkan cerita ni lah, disebabkan dia shooting ni lah dekat Gopeng, kawasan Kampung Sahom. Realitinya aku sekarang tengah tertekan dan jadi sedih sebab suami saya yang dulu ceria, selalu gembira, tapi sekarang sakit.. Tertekan…. Nak pulihkan daripada sakit bukan senang…… @fizfairuzofficial,” luahnya.

Melihat luahan bekas pelakon itu, orang ramai mendoakan agar Dato Fizz Fairuz segera sembuh dan dalam masa yang sama menitipkan kata-kata semangat buat Datin Almy supaya kekal kuat.

Selain itu, ada juga yang berkongsi pandangan serta pengalaman mereka mengenai gangguan dari alam ghaib ini dan perkara sebegini harus dipandang serius.

“Saya orang Kampung Sahom. Cuma nak cakap kampung Sahom ni ada tempat yang tak boleh silap langkah. Kampung yang banyak gunung. Semoga Dato Fizz Fairuz cepat sihat,” kongsi warganet.

“Topeng-topeng dari Indonesia ni memang mungkin ada benda menjaga atau dalam dia. Saya banyak kali juga kena masa sering balik ke Indonesia dulu,” tulis seorang warganet

“Pernah usik, balik demam dan pernah nampak kelibat dekat topeng-topeng yang tergantung. Hati-hati dengan benda-benda macam ni.. Minta jauh.. Semoga Dato Fizz Fairuz sihat dan semua dalam lindungan Allah SWT,” jelas warganet lain. – Agensi