Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Alonso pesaing sengit Hamilton

    LE CASTELLET, PERANCIS, 22 JULAI – Lewis Hamilton mendedahkan bahawa Fernando Alonso adalah pesaingan paling sukar dan terpantas yang pernah dihadapi dalam kariernya, katanya kelmarin menjelang perlumbaan ke-300 Formula Satu (F1) nya dalam Grand Prix Perancis pada Ahad ini.

    Juara dunia tujuh kali yang ber-usia 37 tahun itu juga berkata dia menghargai kenangan acara F1 sulungnya, Grand Prix Australia 2007 di Melbourne apabila, dia mengejutkan penonton dengan bakatnya yang terlalu matang pada usia 22 tahun.

    Dia melayakkan diri di tempat keempat dan menduduki tempat ketiga, di belakang juara dua kali, Alonso. Persaingan sengit di antara mereka menandakan bagaimana mereka akan akan bertarung atau tersungkur pada musim hadapan.

    “Saya rasa sukar untuk menyatakan siapa yang sudah semestinya menjadi pesaing terkuat kerana setiap kali awda bersama seseorang, awda berada di tempat yang berbeza dalam hidup awda,” kata Hamilton.

    “Saya masih ingat menjadi rakan sepasukan bersama Fernando ketika berusia 22 tahun. Saya masih muda dari segi mental, dan sudah tentu biasa sahaja dari segi kemahiran, tetapi ia banyak tekanan untuk menentang pelumba hebat seperti Fernando.

    “Saya mengatakan dari segi kepantasan, yang paling sukar adalah bersaing dengan Fernando (Alonso). Kami mempunyai beberapa perlumbaan yang baik. Saya harap kami boleh bertanding dalam banyak perlumbaan lagi. Saya harap dia akan terus berlumba,” tambahnya. Hamilton dipromosikan ke pasukan F1 McLaren oleh pengurus pasukan, Ron Dennis. – AFP

    Lewis Hamilton mendengar soalan wartawan semasa sidang akhbar pada malam permulaan Formula Satu Grand Prix Perancis 2022, di Litar Paul Ricard di Le Castellet, selatan Perancis kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...