Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Alonso yakin dengan peluang F1 Alpine

    PARIS, 23 FEB – Juara dunia dua kali, Fernando Alonso kelmarin berkata Alpine ‘yakin’ dengan peluang mereka untuk musim Formula Satu tahun ini ketika majlis pelancar kereta baharu pasukan.

    Pemandu Sepanyol, Alonso, 40, menyertai pasukan Perancis musim lalu dalam kempen sulung mereka dan berjaya menamatkan di kedudukan kelima dalam kejuaraan.

    Alonso berada di tempat ke-10 dalam kedudukan pemandu musim lalu, satu tangga di atas rakan sepasukan dari Perancis, Esteban Ocon, yang memenangi Grand Prix Hungary pada Ogos.

    “Sangat gembira untuk kembali dan saya telah bekerja keras untuk bersedia untuk musim baharu,” kata Alonso.

    “Kereta itu kelihatan hebat dengan peraturan baharu yang ditetapkan dan saya sukakan seragam baharu itu.

    Esteban Ocon dan Fernando Alonso bergambar dalam semasa pelancaran kereta lumba baharu A522 pasukan Alpine F1. – AFP

    “Kami mempunyai enjin baharu dan yakin kami mempunyai pembangunan yang baik untuk kereta generasi baharu ini,” tambahnya.

    Formula Satu memperkenalkan pelbagai peraturan baharu untuk tahun akan datang termasuk perubahan saiz tayar dan ujian pra-musim dua bahagian.

    Minggu ini, Alonso dan Ocon mengambil bahagian dalam ujian di Barcelona sebelum sesi selanjutnya di Bahrain antara 10 hingga 12 Mac.

    Kempen ini bermula pada hujung minggu 20 Mac di Timur Tengah dengan Alpine, sebelum ini dikenali sebagai Renault, berlumba dengan kereta ‘A522’ baharu.

    “Kami tidak akan tahu di mana kedudukan semua pelumba sehingga di Bahrain, tetapi kami teruja untuk membawa kereta itu untuk pemanduan pertamanya dalam ujian minggu ini,” kata Alonso. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...