ULASAN BUKU OLEH RAZ AS
DIA pasti akan mengerjakan lelaki itu secukup-cukupnya setelah dia berjaya dalam misinya, itulah yang berada dalam fikiran Alosa. Dia telah dihantar dalam sebuah misi untuk merampas peta purba, yang akan menunjukkan lokasi harta karun lagenda yang menjadi rebutan ramai.
Alosa adalah seorang gadis muda berusia 17 tahun, namun dia bukanlah gadis sembarangan kerana dia adalah seorang ketua lanun.
Untuk mencapai misinya, Alosa telah dengan sengaja membiarkan dirinya tertangkap oleh pihak musuh, dengan itu ia akan memberikan peluang kepada Alosa untuk menggeledah kapal mereka untuk mencari peta berkenaan.

Kru-kru kapal lanun yang kejam bukanlah cabaran buat Alosa, satu-satunya yang menjadi halangan bagi Alosa untuk mendapatkan peta itu adalah orang yang bertanggungjawab menangkapnya ke atas kapal tersebut, Riden, seorang anak kapal yang cerdik dan berwajah tampan.
Walau bagaimanapun, Alosa tidak pernah kekeringan daripada tipu helah, tidak ada seorang pun lanun yang akan dapat menghalang anak perempuan raja lanun tersebut.
Untuk mengetahui kisah pengembaraan menarik Alosa, jangan lupa untuk mendapatkan novel Daughter of the Pirate King, karya Tricia Levenseller segera.