Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Alumni Al-Azhar diseru manfaatkan teknologi

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 APRIL – Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Al-Syarif di Brunei Darussalam menganjurkan Majlis Kesyukuran sempena Hari Al-Azhar Al-Syarif Sedunia baru-baru ini.

    Majlis secara maya itu telah dihadiri oleh lebih kurang 80 alumni dari Universiti Al-Azhar, bertujuan menyatukan bekas-bekas pelajar universiti itu di negara ini selain mengukuhkan silaturahim.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, selaku Pengerusi Lembaga Penasihat Rabitah.

    Ia turut dihadiri oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned dan Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat/Yang Amat Arif Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar serta beberapa mantan menteri yang merupakan penaung Rabitah dan ahli-ahli kehormat jawatankuasa Rabitah.

    Majlis sambutan kali ini menyaksikan pengisian ucapan nasihat oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama yang antara lainnya menekankan bahawa alumni Al-Azhar bukan sahaja perlu aktif, bahkan pro aktif dalam isu-isu sosial semasa dan pada masa akan datang.

    Menurutnya, mereka hendaklah sentiasa mengemas kini cara dan corak perkhidmatan agama yang memerlukan pendekatan baharu untuk memastikan keberkesanannya.

    Beliau seterusnya menyeru mereka memanfaatkan kecanggihan teknologi yang semakin kuat pengaruhnya dalam kehidupan masa kini sekali gus memerlukan pendekatan baharu dalam perkhidmatan agama di Negara Brunei Darussalam.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan Yang Berhormat Ketua Hakim Syarie antara yang hadir pada majlis kesyukuran itu.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...