Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Alumni MPUSB 1980-1983 khatam Al-Quran

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Alumni Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan
    (MPUSB) 1980-1983, kelmarin, telah mengadakan majlis kesyukuran yang pertama kalinya diisikan dengan acara khatam Al-Quran, di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong.

    Majlis khatam berkenaan adalah kemuncak aktiviti rutin membaca Al-Quran bertemakan ‘Mengaji Bebaya’ dalam Program Meniti Hari-hari Usia Senja Dengan Al-Quran sehingga Khatam (satu juz – lima hari) secara serentak yang telah bermula 9 September 2021 hingga 16 Februari lalu.

    Majlis telah dihadiri oleh pensyarah Alumni MPUSB 1980-1983, Yang Dimuliakan Pe-hin Manteri Bini Datin Paduka Hajah Aminah binti Haji Mohd Yassin selaku tetamu khas.

    Seramai 37 orang bekas penuntut MPUSB sesi 1980 hingga 1983 telah menyertai program tersebut, termasuk Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz.

    Dalam majlis tersebut, mereka juga mengenang sahabat-sabahat seangkatan yang telah kembali ke rahmatullah dengan iringan doa semoga Allah SWT mengurniakan rahmat, pengampunan dan menempatkan me-reka bersama kalangan para solihin.

    Majlis Kesyukuran tersebut adalah mercu tanda keakraban jalinan persaudaraan seramai 44 orang bekas penuntut MPUSB Sesi 1980 hingga 1983.

    Yang Dimuliakan Pehin Manteri Bini Datin Paduka Hajah Aminah menerima cenderahati kenangan daripada Alumni MPUSB 1980-1983 sempena majlis tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...