Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alunan bunyi dram Ramadan semakin senyap di Pakistan

    PAKISTAN – Lal Hussain berjalan-jalan di persekitaran kawasan Rawalpindi yang sunyi pada pukul 1 pagi sambil memecah suasana sunyi itu dengan satu alunan pukulan dram, membangunkan penduduk Pakistan yang tinggal di kawasan itu yang sedang tidur untuk bangun menikmati sahur mereka sebelum ibadah puasa Ramadan dijalani pada siang hari.

    “Bangun dan makanlah makanan pagi anda,” dia menjerit sambil memukul dram dholnya dan memainkan bunyi alunan muzik Bhangra melalui pukulan bunyi itu.

    Hussain telah sekian lama mendambakan dirinya untuk memukul dramnya itu di lereng-lereng kedai dan kediaman setiap kali menjelangnya bulan Ramadan semenjak 35 tahun yang lalu.

    Hussain akan berjalan sejauh beberapa batu bersama dengan dramnya itu berulang alik melalui jalan-jalan kecil dan kawasan-kawasan kecil di pinggir jalan kota lama di negara itu.

    Kaum ibu dan anak-anak akan menjenguk melalui tingkap-tingkap kediaman mereka untuk melihat pukulan dramnya itu sebaik sahaja dia berlalu di kawasan kediaman mereka, sementara kaum lelaki pula menyapa dirinya sambil memberikan sedikit sedekah berupa wang atas tanda ucapan terima kasih kepadanya atas khidmat yang telah dilakukannya itu.

    Dari terbit matahari, penduduk Islam akan berpuasa dan menahan diri mereka daripada makan dan minum kemudian berbuka puasa ketika matahari terbenam yang mana lebih dikenali sebagai iftar. – AFP

    Namun, di abad ini, warisan lama ini semakin terhakis dan semakin jarang dibuat lagi di Pakistan.

    Ibadah puasa

    Dianggarkan berjuta-juta penduduk Pakistan memanfaatkan kedatangan bulan Ramadan ini dengan beramal-ibadah.

    Dari terbit matahari, penduduk Islam akan berpuasa dan menahan diri mereka daripada makan dan minum kemudian berbuka puasa ketika matahari terbenam yang mana lebih dikenali sebagai iftar.

    Kemudian, beberapa jam sebelum subuh, mereka akan makan sekali lagi, iaitu lebih dikenali sebagai ‘Sehri’, makanan pagi, iaitu persiapan diri untuk menunaikan ibadah puasa di siang hari dengan meminum beberapa liter air dan jus serta memakan beberapa jenis makanan.

    Pada satu ketika dahulu, dram merupakan ‘denyutan jantung’ kepada upacara Sehri namun masa depan pemain dram ini belum dapat dipastikan sebagaimana kebanyakan penduduk sudah terdedah kepada penggunaan teknologi terbaharu dan menggunakan telefon bimbit untuk membangunkan mereka.

    Sekarang, kebanyakan penduduk negara itu tergantung sepenuhnya kepada loceng telefon, jam digital atau makluman awam melalui pembesar-pembesar suara untuk membangunkan penduduk bandar atau kampung untuk melakukan sehri mereka.

    “Keperluan adalah ibu kepada inovasi,” kata bekas pengarah awam Institut Pakistan Kebangsaan Budaya dan Warisan, Exi Mufti kepada media.

    “Sekarang, pemain atau pemukul dram sudah tidak diperlukan lagi, oleh itu mereka semakin terhakis dan menghilang,” tambahnya kepada media.

    Hussain telah sekian lama mendambakan dirinya untuk memukul dramnya itu di lereng-lereng kedai dan kediaman setiap kali menjelangnya bulan Ramadan semenjak 35 tahun yang lalu. – AFP

    Bilangan yang semakin menurun

    Setiap tahun, hanya sedikit sahaja pemain dram dari seluruh ibu kota atau kampung di seluruh Pakistan melakukan kerja untuk membangunkan saudara-saudara Islam mereka untuk melaksanakan sehri.

    “Agak sukar untuk dinyatakan berapakah bilangan pemukul dram yang ada di Rawalpindi,” kata Hussain kepada AFP sambil menelusuri kawasan bandar yang dihuni oleh lima juta penduduk itu dan memukul dramnya.

    “Sebelum ini, memang terdapat beberapa pemukul dram di setiap lereng kedai namun kebanyakan mereka sudah hilang. Golongan generasi muda telah mula mempelajari profesion itu,” tambahnya lagi kepada media.

    Walaupun beberapa rakannya sudah bersara atau meninggalkan warisan tradisi itu, namun Hussain yang berusia 66 tahun itu masih tidak serik walaupun dia sendiri sedang bergelut menentang penyakit Hepatitis C, namun dia terus bersemangat untuk terus berusaha mengekalkan warisan itu sehingga sejauh mana dia mampu lakukan.

    Dedikasinya itu telah membuat dirinya begitu disayangi oleh penduduk bandar itu.

    “Ia adalah satu memori warisan yang mesti dipelihara, kerana ia merupakan warisan nenek moyang kita, budaya kita, oleh itu kita perlu seronok melakukannya,” kata Yasir Butt kepada AFP.

    Disebabkan oleh bekalan tenaga yang sering sahaja terganggu di bandar itu, Hussain berkata bahawa bunyi pukulan dram lebih berguna berbanding telefon-telefon bimbit mereka.

    “Ada sesetengah penduduk menyarankan saya untuk meneruskan lagi budaya ini kerana mereka tidak mempercayai telefon bimbit mereka,” tambahnya lagi kepada media. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda