MEXICO CITY, 24 JULAI – Dani Alves telah membuat kejutan dengan memilih untuk bermain di Liga Mexico bersama pasukan Pumas.
Alves, yang merupakan pemain paling berjaya dalam sejarah dengan meraih 44 gelaran, lulus ujian kesihatan kelmarin dan menandatangani kontrak bersama pasukan berpangkalan di Mexico City itu.
“Kami berpuas hati kerana Dani tiba di sini untuk menyumbang lebih daripada bola sepak. Dia datang ke sini untuk menyumbangkan personalitinya, pengalamannya dan datang untuk menyumbangkan dahaga kejayaan,” kata Leopoldo Silva, presiden kelab itu.
Selepas menandatanganinya, Alves bertemu dengan pemain lain dalam pasukan dan menjalankan sesi latihan pertama di kemudahan Pumas. Dia menerima sambutan hangat apabila dia diumumkan kepada ahli peminat kelab, yang dikenali sebagai ‘La Rebel’.
“Mungkin ramai menganggap keputusan saya datang ke sini adalah tidak munasabah, tetapi bagi saya bola sepak bukan sekadar menendang bola atau berlari mengejar bola,” kata Alves.
“Bola sepak bagi saya bukanlah satu sukan, ia adalah sesuatu yang mengubah kehidupan saya dan yang ingin ia terus mengubah kehidupan pemain-pemain muda lainnya. Sebab itu saya menerima cabaran untuk datang ke sini.”- AP