Amal gaya hidup cergas, produktif

Oleh Syazwani Hj Rosli

Gambar oleh Bahyiah Bakir

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 FEB – Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD), Kementerian Pembangunan buat pertama kalinya menganjurkan Larian Pembangunan 2020 bersempena dengan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2019 bertempat di Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan, hari ini.

Hadi selaku tetamu kehormatan pada acara tersebut ialah Menteri Pembangunan, Dato Seri Setia Ir. Haji Suhaimi. bin Haji Gafar.

Turut hadir pada acara tersebut Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohammad Yussof; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud; Menteri Pendidikan; Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman; Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof; dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Seri Paduka Ar. Haji Marzuke bin Haji Mohsin, setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap di Kementerian Pembangunan.

Acara dianjurkan bersama oleh Badan Kebajikan dan Sukan, JPBD dengan kerjasama Media Marketing Event Management (AKIF) itu menyaksikan lebih daripada 400 peserta mengambil bahagian dalam tiga kategori larian iaitu Kategori 15km, Fun Race 5km dan Family Fun Run 2.5km.

Objektif acara larian ini ialah demi mewujudkan Pendekatan Satu Negara untuk menjana keseimbangan dan gaya hidup yang sihat melalui persekitaran yang kondusif, teratur dan terancang.

Menteri-menteri kabinet dan para peserta yang menyertai acara larian.
Para peserta memulakan acara larian.