Thursday, June 1, 2023
34.6 C
Brunei

    -

    Amal konsep ‘baraqah’ di bazar

    KUALA LUMPUR, 23 MAC – Bazar Ramadan yang diadakan saban tahun sentiasa menjadi tumpuan rakyat Malaysia bagi mendapatkan juadah berbuka puasa dan kemeriahannya kembali dirasai termasuk di Sabah dan Sarawak, hari ini.

    Di Sabah, sebanyak lapan bazar dibuka di Kota Kinabalu iaitu di Lintasan Deasoka; tapak pasar malam Sembulan; medan kereta Indah Permai; medan kereta Tanjung Aru; tapak pasar malam Inanam; tapak pasar malam Kingfisher; tapak pasar malam Inanam Point dan medan kereta Dewan Damai.

    Bagi seorang peniaga bazar Ramadan di Lintasan Desoka, Ikhwan Zulkarnain Abdul Patak, 36, berkata beliau serta anggota keluarganya mengamalkan konsep “baraqah” dalam berniaga yang menawarkan pelbagai nasi dan lauk pauk dengan harga murah kepada pengunjung.

    “Harga barang mentah mahal sekarang, tetapi kita fikir mencari ‘baraqah’ dalam berniaga terutama bulan Ramadan ini, memang untung tidak banyak tetapi bila kita jual harga murah ramai beli bertambah untung, itu juga kita dapat bantu orang kurang berkemampuan,” katanya yang turut menjual nasi dan dua lauk dengan harga di bawah RM7, serta nasi dan tiga lauk dengan harga di bawah RM10.

    Selain itu, Abel Benwel Akop, 48, seorang pegawai kerajaan berkata sudah menjadi ‘acara tahunan’ buat diri serta keluarganya mengunjungi bazar bagi mencari makanan halal yang enak dan unik di Negeri di Bawah Bayu itu.

    “Kita di Sabah tidak pelik bila orang bukan Islam suka cari makanan halal kerana kita hidup berbilang latar belakang lama sudah, saya sejak muda suka cari makanan halal kerana tahu ia lebih bersih dan sedap, jadi bazar ini tempat saya cari makanan halal sedap dan unik setiap tahun,” katanya.

    Di Sarawak, keadaan cuaca cerah pada waktu petang di kawasan Kuching memberi peluang kepada orang ramai berkunjung ke Bazar Ramadan bagi membeli juadah ‘sungkai’ atau ‘sungkei (buka puasa). – Bernama

    Orang ramai mengunjungi Bazar Ramadan di pusat bandar untuk membeli juadah berbuka puasa ketika tinjauan sempena hari pertama puasa kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jentera pelancar udara Korea U jatuh ke Laut Kuning

    SEOUL, 31 MEI – Korea Utara menembak apa yang didakwanya sebagai ‘jentera pelancar angkasa lepas’ ke arah selatan hari ini, namun jatuh ke Laut...
    - Advertisment -