Amal pemanduan berhemah, berdisiplin

Oleh Sim Y. H., Syahmi Hassan, Ak Zaki Kasharan & Normazlina M.D

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jun – Para pengguna jalan raya diseru untuk sentiasa mematuhi akta dan peraturan lalu lintas jalan raya dan mengamalkan sikap pemanduan yang berhemah serta berdisiplin, lebih-lebih lagi ketika hujan dan untuk memakai tali pinggang keledar serta untuk tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Seruan itu dibuat oleh Pengerusi Persatuan Insurans dan Takaful Brunei (BITA), Haji Osman bin Haji Mohd Jair selaku Duta Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) semasa Kempen Beringat-ingat Keselamatan Jalan Raya Menjelang Aidilfitri 2018 di Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan, hari ini.

Kempen itu diadakan setiap tahun menjelang musim Lebaran dengan tujuan untuk sama-sama mengingati dan meningkatkan kewaspadaan dan keselamatan orang ramai khususnya pengguna jalan raya apabila mengunjungi sanak saudara mereka, jelasnya lagi.

Dalam memastikan suasana kunjung mengunjungi semasa Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang dilalui dengan selamat di jalan raya, MKKJR mengadakan kempen berkenaan secara serentak di tujuh buah lokasi terpilih seluruh negara.

Mengetuai kempen di Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah ialah Menteri Per-hubungan, Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof selaku Pengerusi MKKJR bersama wakil Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Haji Osman dan ahli-ahli MKKJR yang lain serta badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan sektor swasta iaitu Empire Solutions yang sama-sama menyumbang kepada Kempen Beringat-ingat berkenaan.

Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib mengetuai Kempen Beringat-ingat Keselamatan Jalan Raya Menjelang Aidilfitri 2018 di Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah, kelmarin.
Yang Berhormat Awang Iswandy ketika mengetuai Kempen Beringat-Ingat Keselamatan Jalan Raya Menjelang Aidilfitri 2018 di Pasar Raya Giant, Rimba, hari ini.

Kempen Beringat-ingat 2018 itu menyaksikan peng-agihan beg kitar semula, sampul raya, pelekat dan poster daripada PBSM dengan mesej-mesej keselamatan jalan raya dan buah tangan sumbangan Empire Solutions serta orang-orang persendirian kepada pemandu-pemandu kenderaan di kawasan berkenaan.

Sementara itu, di kawasan Pasa Raya Giant Tasek Rimba, kempen diketuai oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad selaku Duta MKKJR dan Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Penguasa Kanan Polis Awang Husaini bin Haji Mat Zin, wakil daripada Empire Solutions dan PBSM serta ahli-ahli MKKJR yang lain.

Manakala itu, di Lebuhraya Tungku Link, kempen dike-tuai oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Perhubungan, Haji Azhar bin Haji Ahmad selaku Timbalan Pengerusi II MKKJR dan Pengerusi Persatuan Automobil Brunei (PAB), Kheong, Duta MKKJR.

Sementara itu di Daerah Belait, kempen telah diadakan di KB Sentral dengan diketuai oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput dan Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Perhubungan, Dr Haji Supry bin Haji Awang Ladi selaku Setiausaha MKKJR, pegawai Daerah Belait dan pengerusi Bandaran Kuala Belait berserta wakil Empire Solutions, pengarah cawangan PBSM dan ahli-ahli MKKJR yang lain.

Kempen yang sama juga diadakan di Daerah Tutong di Pusat Membeli-belah Hua Ho, Tutong, yang diketuai oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Penghulu Mukim Telisai, Yang Berhormat Haji Ramli bin Haji Lahit, Pegawai Daerah Tutong, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain, Pegawai Pemerintah Daerah Polis Tutong, Supt Suhairi bin Haji Sukri, pegawai-pegawai daripada Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) serta PBSM.

Di Daerah Temburong pula, kempen diadakan di Kompleks Bumiputera Bangar, Temburong yang diketuai oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Penghulu Mukim Bokok, Yang Berhormat Haji Emran bin Haji Sabtu, pemangku pengarah JPD, pegawai pemerintah Daerah Polis Temburong berserta ahli-ahli MKKJR yang lain.