Amalkan sikap persaudaraan

LONDON, 4 Dis – Michelle Obama semalam kembali ke sekolah London yang pernah beliau lawat semasa menjadi wanita pertama Amerika Syarikat (AS) di mana beliau menggalakkan para pelajar untuk mengamalkan sikap persaudaraan tatkala beliau menyampaikan buku mengenai hidupnya.

Obama berada di bandar London untuk mempromosikan buku ‘Becoming’, yang telah terjual laris berbanding buku lain yang diterbitkan di AS tahun ini.

Beliau memberitahu kepada kira-kira 300 pelajar di sekolah London Utara bahawa semasa beliau melawat ke sekolah itu pada 2009, ia telah memberikan inspirasi kepadanya untuk berusaha dalam mewujudkan pendidikan yang lebih baik.

“Saya terharu dan terinspirasi oleh generasi muda yang saya temui di seluruh dunia,” kata Michelle Obama.

“Anda mengingatkan saya mengenai kehidupan saya, rasa ketakutan, cabaran yang anda hadapi. Anda memberikan saya rasa kesenangan.”

Michelle Obama (tengah) berucap semasa membuat lawatan ke salah sebuah sekolah di London kelmarin. – AFP

Obama membuat pengakuan bahawa beliau pernah berdepan beberapa halangan dan guru-guru yang memandang rendah terhadap saya.

“Saya diberitahu: “Saya rasa anda tidak layak di Princeton.” Impian saya terlalu tinggi.”

Tetapi Obama tamat pengajian di Universiti Ivy League dan melanjutkan pelajaran di Sekolah Undang-undang Harvard sebelum menyertai firma undang-undang Chicago di mana beliau bertemu dengan presiden Barack Obama.

Beliau menggesa para pelajar di London untuk mencari kekuatan masing-masing untuk mengatasi keraguan dan ketidakyakinan.

“Amalkan sikap persaudaraan seperti itu,” kata Michelle Obama. “Terlalu banyak halangan di sekeliling anda.”

Para pelajar teruja apabila individu terkenal datang ke sekolah mereka.

“Saya masih tidak percaya beliau adalah individu tersebut,” kata Emma, berusia 11 tahun. – AFP