Aman Hills anjur kejohanan pingpong

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MAC – Pusat Beli-belah Aman Hills, baru-baru ini, telah menganjurkan Kejohanan Pingpong Belia Aman Hills yang pertama di atrium pusat beli-belah berkenaan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Aman Hills, kejohanan yang diadakan dengan kerjasama Persatuan Pingpong Brunei Darussalam itu telah disertai kira-kira 58 orang dalam dua kategori iaitu bawah 13 (U13) perseorangan bagi lelaki dan perempuan serta bawah 18 (U18) perseorangan lelaki dan perempuan.

Bagi Kategori U13 Perseorangan Perempuan, juara disandang oleh Chin Wui San diikuti oleh Yumiko Woo Jing di tempat kedua dan Dayangku Nur Delisha di tempat ketiga. Kategori U13 Perseorangan Lelaki pula dijuarai oleh Lim Yeu Jun manakala itu, tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Chin Fong Bin dan Wong Jun Yuan.

Sementara itu, Kategori U18 Perseorangan Perempuan menyaksikan Leong Yi menyandang gelaran juara diikuti oleh Cecilia Lu Hui Hui dan Phoebe Chong masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Bagi Kategori U18 Perseorangan Lelaki, Awang Khairuddin Omar diumumkan sebagai juara dengan Awangku Abdul Basheer bin Pengiran Haji Mohd Noor di tempat kedua dan Awangku Muhd Sufi Fakrullah bin Pengiran Mohd Sufian di tempat ketiga.

Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pengurus Pemasaran Aman Hills, Dayang Nurie Yasir, Presiden Persatuan Pingpong Brunei Darussalam, Pengiran Haji Mohd Noor bin Pengiran Haji Tajuddin, dan Naib Presiden Persatuan Pingpong Brunei Darussalam, Awang Omar bin Nasir.

Aksi peserta semasa kejohanan di Pusat
Beli-Belah Aman Hills. – Gambar serahan Pusat Beli-belah Aman Hills