Sunday, March 16, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aman Hills pamer konsep terkini

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jan – Aman Hills merupakan projek pembangunan gabungan akan datang yang terletak di Jalan Aman, Muara, beberapa minit pemanduan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas.

    Pembangunan gabungan Aman Hills mengetengahkan tiga lot berasingan, saling bersambung, dengan yang pertama merangkumi rumah kedai komersial dan kediaman setinggi dua tingkat dengan 20 unit dan lot kedua merupakan pusat membeli-belah empat tingkat.

    Manakala itu, lot ketiga pula menampilkan kondominium empat tingkat dengan tempat letak kereta tertutup eksklusif bagi penghuni Aman Hills di aras bawah dan aras 1, menurut kenyataan yang dikeluarkan.

    Antara keunikan kediaman Aman Hills termasuk lokasi terbaik di Jalan Aman, Muara; kemudahan pusat membeli-belah yang mempunyai pasar raya, kedai-kedai makan dan minum serta aktiviti-aktiviti rekreasi; apartmen lengkap perabot dengan konsep moden dan bergaya; pelaburan mudah dengan pulangan baik; dan tempat letak kereta tertutup dengan keselamatan.

    Selain itu, kemudahan-kemudahan lengkap kondominium seperti kolam renang, gim dan dewan serba guna dengan gelanggang bola keranjang dan badminton; pemilikan pegangan pajak, dua, tiga atau empat buah bilik tidur (90 tahun); dan orang asing juga boleh membelinya.

    Lakaran Bangunan Aman Hills yang akan dibina di Jalan Aman, Muara.
    Lakaran Bangunan Aman Hills yang akan dibina di Jalan Aman, Muara.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda