BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mei – Orang ramai kini boleh mendapatkan telefon dan aksesori kegemaran mereka apabila City Mobile Enterprise dan Vicom Enterprise membuka cawangan baharu mereka di Pusat Membeli-belah Aman Hills.
Pelbagai acara, aktiviti dan promosi boleh didapati dari kedai telefon bimbit berkenaan, di mana City Mobile menawarkan diskaun menarik untuk setiap pembelian aksesori sehingga hujung bulan ini.
Vicom Enterprise juga menawarkan promosi istimewa untuk semua aksesori Oppo dengan pembelian model telefon tertentu akan diberikan hadiah percuma eksklusif. Pelanggan yang membeli telefon semasa majlis pembukaan ini juga layak mendapat hadiah istimewa.
Selain kedai peranti mudah alih, OKKY Jewellery dan beberapa jenama terkenal turut membuka pintu mereka kepada pelanggan sambil menawarkan promosi menarik untuk setiap pembelian perhiasan emas dan perak sepanjang tempoh promosi hingga hujung bulan ini.
