Saturday, December 7, 2024
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amanda Seyfried seronok jaga haiwan ternakan

    Nekad meninggalkan dunia seni, pelakon Amanda Seyfried memulakan kehidupan baharu di sebuah ladang ternakan miliknya yang terletak di Upstate, New York.

    Menurut Amanda, keputusan membawa keluarganya berpindah dari Los Angelas ke New York dirasakan tepat memandangkan dia dapat menikmati kehidupan lebih tenang.

    “Saya berpindah ke sini sebelum ada anak-anak lagi. Berpindah adalah keputusan terbaik kerana privasi terjaga, tenang dan dekat dengan alam.

    “Ia berikan saya kehidupan seimbang berbanding hidup di bandar besar,” katanya.

    Bercerita mengenai kehidupannya, bintang filem The Mean Girls itu memberitahu dia kini sedang mengusahakan ladang ternakan dengan bantuan anak-anaknya.

    Meskipun masih kecil, dia percaya kehidupan baharu tersebut dapat mendidik anak-anaknya menjadi insan lebih baik.

    “Saya nampak anak-anak saya belajar tentang tanggungjawab dan sifat penyayang kepada semua haiwan.

    “Saya yakin kehidupan di ladang akan buatkan mereka lebih menghargai kehidupan,” ujarnya. – Agensi

    Amanda seronok mengusahakan ladang ternakan miliknya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda