Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Amar Asyraf akhirnya buka mulut

    Selepas kes cerai talak tiga isteri kedua selesai, nama pelakon Amar Asyraf kembali menjadi tumpuan apabila didakwa sudah berkahwin kali ketiga dengan seorang wanita.

    Spekulasi itu bermula selepas sekeping foto memperlihatkan pelakon tersebut dengan wanita bersama dua cahaya mata, dipercayai daripada hasil perkahwinan mereka.

    Walau bagaimanapun, Amar atau nama sebenarnya Amar Asyraf Zailuddin yang dihubungi wartawan memilih untuk menjaga privasi keluarganya dan tidak berkongsi tentang status rumah tangganya kini.

    Baru-baru ini, tular sebuah foto mesra yang memperlihatkan pelakon itu dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Farhana mengenakan busana berwarna putih.

    Foto berkenaan dimuat naik pada 19 Mac lalu itu dipercayai daripada Instagram milik ibu kepada pelakon drama Perempuan Itu.

    Dalam pada itu, Amar berharap tiada mana-mana pihak menganggu ketenangan keluarganya memandangkan dia kini lebih aktif dalam bidang perniagaan.

    Untuk rekod, Amar mendirikan rumah tangga dengan isteri pertamanya iaitu Arna Salleh pada 7 Jun 2013 dan mempunyai dua orang anak iaitu Muhammad Taufik dan Ammara Dian.

    Pada Oktober 2019, Amar membuat pendedahan dia sudah berkahwin kali kedua dengan wanita bernama Vivy Jeffry beberapa tahun sebelum itu.

    Baru-baru ini, pihak media melaporkan pengesahan lafaz cerai talak tiga yang dibuat Amar pada 4 November 2019 terhadap bekas isteri iaitu Vivy Jeffry menemui titik noktah di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. – Agensi

    Amar memilih untuk lebih privasi dalam soal kehidupan peribadi. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...