ROM, 9 Jan – Itali mengeluarkan amarannya terhadap bahaya runtuhan salji di barat laut wilayah Piedmont, manakala satu runtuhan salji telah menghalang sebatang jalan raya di wilayah berdekatan, Valle d’Aosta.
Agensi berita Itali ANSA berkata tidak ada kecederaan dilaporkan sejak runtuhan salji semalam yang memutuskan Cogne, sebuah bandar Alpine yang terkenal dengan pelancong. Pegawai bomba dan yang lainnya berusaha untuk membersihkan jalan berkenaan.
Juga semalam, agensi perlindungan alam sekitar wilayah ARPA berkata ancaman runtuhan salji di barat laut Piendmont adalah “sangat kuat” dan mencapai paras maksimum skala bahaya Tahap 5.
Agensi itu turut memberi amaran terhadap ‘kemungkinan runtuhan salji secara spontan berdimensi sederhana dan besar yang boleh memberi kesan terhadap jalan raya atau infrastruktur di bawah lembah.’
Menurutnya lagi, salji akan menjadi tidak stabil di antara malam semalam dan pagi hari ini. – AP