Amaran cabaran menanti Vietnam

HANOI, 26 JAN – Ahli-ahli kanan parti memerintah Vietnam, Parti Komunis hari ini memberi amaran peluang dan cabaran yang menanti negara itu, ketika mereka memulakan kongres utama yang menentukan hala tuju negara dalam masa lima tahun akan datang.

Perdana Menteri Nguyen Xuan Phuc memetik perubahan iklim, bencana alam dan penyakit antara cabaran yang bakal menanti negara dalam ucapannya pada Kongres Parti Kebangsaan ke-13 yang disiarkan secara langsung di televisyen.

“Globalisasi dan integrasi global di laluan yang tepat, namun ia berdepan dengan peningkatan nasionalisme ekstrem, persaingan strategik dan perang perdagangan,” kata Setiausaha Agung Parti Komunis, Nguyen Phu Trong, pemimpin paling berkuasa negara itu.

Trong mengatakan pandemik koronavirus memaksa dunia secara strategiknya mengubah dasar-dasar.

Vietnam merekodkan hanya 1,548 kes disahkan dan 35 kematian akibat COVID-19, menjadikannya salah sebuah daripada negara yang berjaya mengekang virus itu dan disebabkan itu, menyaksikan ekonomi berkembang tahun lalu.

Seramai 1,578 ahli parti menghadiri kongres minggu ini juga akan memutuskan ketua tertinggi negara. – AP

Delegasi menghadiri pembukaan Kongres Parti Komunis ke-13 di Hanoi, Vietnam, 26 Jan. Kongres tersebut dijangka menetapkan hala tuju negara itu dalam masa lima tahun akan datang dan melantik pemimpin tertinggi negara. – AP