Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Amaran cuaca awal perlu sejajar dengan IBF

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MAC – Kejadian bencana alam sejak akhir-akhir ini sering berlaku terutama yang berkaitan dengan hidrometeorologi iaitu gabungan meteorologi dan hidrologi yang melibatkan kitaran air antara atmosfera bawah dan permukaan tanah.

    Peningkatan kejadian bencana ini disebabkan oleh perubahan iklim, pertumbuhan penduduk, dan perbandaran yang meletakkan lebih ramai orang dan aset ekonomi terdedah kepada bahaya hidrometeorologi.

    Paling menyedihkan ialah fakta bahawa banyak nyawa terkorban setiap tahun akibat kejadian ini walaupun amaran awal telah dikeluarkan.

    Perkara ini dijelaskan oleh Pegawai Kaji Cuaca dari Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD), Dayang Nurulinani binti Haji Jahari semasa menyampaikan Forum Cuaca bertajuk Amaran Awal dan Tindakan Awal untuk Daya Tahan yang Lebih Kuat secara maya hari ini sempena sempena Hari Kaji Cuaca Sedunia 2022.

    Dalam forum tersebut beliau turut menjelaskan bahawa Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) telah menyarankan supaya impact-based forecast and warning (IBFW) dilaksanakan dan diamalkan oleh semua negara dan perkhidmatan hidrologi di seluruh dunia kerana ia tidak mencukupi dengan hanya menyediakan ramalan cuaca atau amaran yang baik.

    Dayang Nurulinani semasa mengongsikan peningkatan kejadian bencana yang disebabkan oleh perubahan iklim pada forum tersebut.

    Untuk mencapai hasrat IBFW dengan fokus untuk menyelamatkan nyawa dan impak yang minimum terhadap harta benda, beliau berkata perlunya penyelarasan dan kerjasama yang kukuh antara agensi-agensi kerajaan dan pihak berkepentingan, seperti BDMD, hidrologi, Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) dan pihak media.

    Selain itu, penyelidikan yang signifikan perlu dilakukan terutama mengenai exposure and vulnerability, kerana setiap tempat atau komuniti itu mempunyai lain-lain pendedahan dan kelemahan masing-masing.

    Secara keseluruhannya, jelasnya, impact-based forcasting (IBF) melibatkan gabungan maklumat tentang bahaya, pendedahan dan kelemahan untuk mengenal pasti impak yang berpotensi dan menyokong pembuatan keputusan.

    Beliau seterusnya menjelaskan, bagaimana BDMD memberi amaran cuaca awal sejajar dengan IBF adalah dengan memberi nasihat awal dengan mengadakan sesi taklimat cuaca kebangsaan di mana jabatan itu memberikan ramalan jangka panjang bagi tempoh tiga bulan ke hadapan bagi Negara Brunei Darussalam.

    “Ramalan jangka panjang ini menggunakan statistik iklim dan mengambil kira keadaan climate drivers seperti El-Nino Southern Oscillation dan Indian Ocean Dipole,” jelasnya.

    Katanya lagi, “Maklumat ramalan jangka panjang adalah sangat penting bagi persediaan awal agensi-agensi berkenaan jika perlu dan ini sebagai contoh, jika turunan hujan dijangka meningkat melebihi jumlah kebiasaannya disebabkan keadaan La-Nina, jadi agensi-agensi yang berkenaan dan juga orang ramai boleh membuat persiapan awal untuk menghadapi banjir yang berpotensi berlaku.”

    Selain itu juga, dengan kemajuan dalam sains dan teknologi telah membolehkan BDMD memberikan amaran cuaca awal dengan tepat.

    Di samping mengeluarkan nasihat cuaca yang akan dikeluarkan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum cuaca aktif dijangka berlaku dan bila potensi berlakunya cuaca aktif meningkat, pihak BDMD juga akan mengeluarkan amaran cuaca kod berwarna dengan serta merta.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...