Tuesday, August 16, 2022
27.1 C
Brunei

Amaran gegaran susulan dekat Gunung Fuji, Osaka

-

TOKYO, 3 DIS – Pegawai cuaca Jepun hari ini memberi amaran lebih banyak gegaran susulan boleh berlaku dalam seminggu, setelah gempa bumi 4.8 magnitud melanda hampir Gunung Fuji dan satu gempa bumi 5.4 magnitud berhampiran bandar barat Osaka hari ini.

Agensi Meteorologi Jepun mengatakan tiada ancaman tsunami selepas kedua-dua gempa bumi itu, namun memberi amaran gegaran susulan dengan kekuatan sama boleh berlaku dalam masa seminggu.

Selain itu, ahli seismologi menekankan bahawa kedua-dua gempa bumi itu tidak berkaitan. Menurut agensi itu, gempa bumi berhampiran Gunung Fuji berlaku pada jam 6:37 pagi waktu tempatan, merekodkan skala rendah 5 pada intensiti seismik 7 Jepun di Otsuki di bahagian barat wilayah Yamanashi. Pusat gempa bumi adalah pada kedalaman 19 kilometer.

Gempa bumi bermagnitud 4.1 dan 3.6 juga berlaku awal pagi pada jam 2:18 dan 2:23 pagi waktu tempatan, di kawasan sama.

Pegawai agensi meteorologi, Shinya Tsukadas pada satu sidang media mengatakan, “Tiada perubahan jelas terhadap data pemantauan gunung berapi di puncak tertinggi Fuji dan agensi tidak menganggap gempa bumi adalah antara yang memerlukan perhatian khas kerana peristiwa serupa pernah berlaku pada masa lalu.”

Tsukadas menekankan gempa bumi kemungkinan besar adalah akibat penenggelaman Kerak Laut Filipina dan gempa bumi sesar yang mana kerak bumi menerima tekanan dari barat daya dan tenggara. – Xinhua

Gambar fail Gunung Fuji ketika musim luruh. – Xinhua
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -