Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Amaran hujan berterusan di Sabah, Sarawak

    KUALA LUMPUR, 2 FEB – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan berterusan di timur Sabah serta tengah dan barat Sarawak dalam tempoh 5 hingga 7 Februari ini.

    Ramalan ini susulan analisis kaji cuaca dikeluarkan oleh MetMalaysia bersama dengan Pusat Ramalan Cuaca Julat Sederhana Eropah (ECMWF) dan Sistem Ramalan Global (GFS) yang menunjukkan luruan angin timuran di rantau negara hingga 9 Februari ini.

    MetMalaysia dalam kenyataan hari ini turut meramalkan cuaca lembab dan hujan di beberapa daerah pesisir negeri pantai timur Semenanjung iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang pada sebelah pagi.

    Di negeri pantai barat Semenanjung seperti Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka pula dijangka mengalami ribut petir pada sebelah petang.

    Negeri di utara Semenanjung pula diramalkan mengalami cuaca panas dan hujan yang kurang.

    Amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) juga telah dikeluarkan bagi perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu berkuat kuasa 7 Februari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...