Thursday, December 7, 2023
27.5 C
Brunei

    -

    Amaran jangan naiki pesawat Air India disiasat

    OTTAWA, 10 NOV – Polis persekutuan Kanada sedang menyiasat amaran dalam video yang tular dalam talian supaya tidak menaiki pesawat Air India mulai 19 November, kata menteri pengangkutan semalam.

    “Kami memandang serius setiap ancaman, terutamanya apabila ia melibatkan syarikat penerbangan,” kata Menteri Pengangkutan, Pablo Rodriguez kepada pemberita di Ottawa.
    Polis Diraja Kanada, tambahnya ‘sedang melakukan siasatan’.

    Video itu, yang disiarkan dalam talian pada minggu lalu, memaparkan Gurpatwant Singh Pannun, peguam untuk pertubuhan Sikh untuk Keadilan berpangkalan di Amerika Syarikat, yang menyokong penubuhan negara Sikh berasingan daripada India.

    Dia memberi amaran kepada orang Sikh dalam video itu, “Jangan menaiki Air India selepas 19 November, nyawa awda mungkin dalam bahaya.”

    Dia memberitahu media Kanada ini bukan ancaman, sebaliknya seruan untuk memboikot perniagaan India. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Rekrut warga Nepal dalam tentera Rusia, 12 ditahan

    KATHMANDU, 6 DIS – Polis Nepal mengumumkan hari ini mereka telah menahan 12 orang yang dituduh menghantar lelaki muda Nepal secara haram untuk direkrut...