Amaran kepada kakitangan Cathay Pacific

HONG KONG, 12 OGOS – Syarikat penerbangan Hong Kong, Cathay Pacific hari ini memberi amaran kepada kakitangan yang mereka boleh dipecat jika menyokong ‘protes haram,’ ketika firma itu menerima tekanan dari Beijing kerana demonstrasi pro-demokrasi.

Saham syarikat penerbangan itu menjunam hampir lima peratus dalam dagangan Hong Kong hari ini selepas Beijing mengenakan peraturan baharu mengharamkan kakitangan penerbangan itu terlibat dalam protes Hong Kong daripada penerbangan pergi dan balik ke tanah besar.

Syarikat penerbangan itu juga dipaksa membatalkan berpuluh-puluh penerbangan hari ini selepas pihak berkuasa menutup lapangan terbang pada waktu petang semasa beribu-ribu pembantah membanjiri kemudahan itu. Cathay tersepit di tengah-tengah ketegangan antara pembantah di Hong Kong dan pihak berkuasa yang disokong oleh Beijing dan amaran itu kepada kakitangannya dibuat oleh ketua pegawai eksekutifnya, Rupert Hog. – AP