Thursday, December 7, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Amaran kuning Taufan Koinu di China

    BEIJING, 3 OKT – Balai cerap China pada pagi hari ini mengeluarkan amaran kuning untuk Taufan Koinu, amaran ketiga paling teruk dalam sistem amaran taufan empat peringkatnya.

    Taufan ke-14 pada tahun ini dijangka membawa angin kencang ke bahagian selatan dan timur negara itu.

    Koinu, yang dicerap pada 20.2 darjah lintang utara dan 125.2 darjah bujur timur pada 5 pagi hari ini, dijangka bergerak ke barat laut pada kelajuan 10 hingga 15 km sejam, kata Pusat Meteorologi Nasional, lapor Xinhua.

    Ia akan mendarat di suatu tempat di sepanjang kawasan pesisir di sekitar bahagian selatan Pulau Taiwan China, atau mungkin melintasi Pulau Taiwan tanpa membuat pendaratan dan bergerak ke barat dengan intensiti menurun secara beransur-ansur dari petang esok hingga pagi Khamis.

    Pusat itu menggesa pihak berkuasa tempatan untuk menyediakan langkah-langkah tindak balas kecemasan taufan dan kekal berwaspada terhadap kemungkinan banjir dan bencana geologi. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China jadi contoh dunia bagi hak asasi manusia

    BEIJING, 5 DIS – China kelmarin menganjurkan seminar sempena ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia di Beijing yang disertai lebih 70 peserta...