Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Amaran letusan Aso di Jepun

    TOKYO, 24 FEB – Agensi Meteorologi Jepun (JMA) pada Khamis meningkatkan amaran kepada tahap tiga daripada lima selepas mengesan aktiviti gunung berapi di Gunung Aso, barat daya Jepun, lapor Xinhua.

    JMA memberi amaran agar orang ramai tidak menghampiri Gunung Aso, berikutan ancaman letusan gunung berapi boleh mengakibatkan runtuhan dan aliran piroklastik dalam radius dua kilometer.

    Agensi cuaca itu memberi amaran tahap tiga dengan kemungkinan letusan gunung berapi boleh memberi kesan serius terhadap kawasan berdekatan.

    Masyarakat setempat di wilayah Kumamoto dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga. – Bernama

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...