Amaran tsunami dibatalkan selepas gempa

PORT VILA, VANUATU, 18 OGOS – Amaran tsunami telah dibatalkan selepas gempa bumi berukuran 6.8 magnitud melanda di luar pantai pulau negara Pasifik, Vanuatu.

Gempa bumi telah dikesan pada kedalaman 94km dan kira-kira 340km barat laut Port Vila, menurut Jabatan Geologi AS.

Risiko ombak tsunami berbahaya sudah ditamatkan, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik selepas membetulkan penilaian awalnya.

Seorang penduduk di pulau terbesar Vanuatu, Espiritu Santo yang terletak dekat pusat gempa berkata dia dapat merasakan ‘gempa kuat’.

Koresponden AFP di bandar Port Vila berkata penduduk di sana tidak dapat merasakan sebarang gegaran. – AFP