Amazon, Affirm tawar perkhidmatan ‘beli-sekarang-bayar-kemudian’

SAN FRANCISCO, 29 OGOS – Amazon bekerjasama dengan syarikat pembayaran, Affirm telah menawarkan kepada pembeli dalam talian dengan pilihan ‘beli-sekarang-bayar-kemudian’ yang tidak memerlukan kad kredit.

Affirm Holdings Inc. yang berpangkalan di San Francisco mengumumkan baru-baru ini bahawa perkhidmatan pembayaran fleksibelnya akan segera tersedia di laman web Amazon.com.

Berita itu melonjakkan saham Affirm kepada lebih dari 35 peratus dalam perdagangan.

Dengan perkhidmatan tersebut, pelanggan Amazon dapat membahagikan jumlah kos pembelian $50 atau lebih menjadi pembayaran bulanan dan diberitahu jumlah kos transaksi.

Affirm mengatakan bahawa tidak ada dikenakan caj bagi bayaran lewat.

Affirm berkata kedua-dua syarikat itu menguji perkhidmatan tersebut dengan sekumpulan pelanggan dan akan tersedia secara meluas dalam beberapa bulan akan datang.

Awal bulan ini, syarikat pembayaran digital Square Inc. bekerjasama dengan Afterpay, yang menyediakan perkhidmatan beli-sekarang-bayar-kemudian untuk peniaga.

Pelan bayaran ansuran semakin popular dalam kalangan peruncit kerana ia telah mendorong pelanggan membelanjakan lebih banyak wang manakala mereka juga membantu pelanggan yang tidak cukup wang dan kredit membeli dari kedai atau memeriksa secara dalam talian dengan item yang mereka mahukan. – AP