Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Amazon anugerahkan biasiswa pendidikan sains komputer

    SAN FRANCISCO – Amazon pada Rabu lalu mengumumkan komitmen untuk menyokong pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) lepasan menengah pelajar dengan menganugerahkan AS$10 juta dalam biasiswa kolej kepada 250 pelajar tahun akhir sekolah menengah daripada golongan yang terabai dan kurang mendapat perhatian dalam komuniti.

    Setiap penerima Biasiswa Amazon Future Engineer akan menerima AS$40,000 dalam tempoh empat tahun untuk belajar sains komputer di kolej pilihan mereka mulai musim luruh ini. Penerima juga akan menerima latihan berbayar di Amazon selepas tahun pertama kolej mereka, menurut pengumuman itu.

    Setakat ini program itu telah menganugerahkan biasiswa AS$22 juta dolar kepada 550 pelajar di seluruh Amerika Syarikat (AS) sejak 2019.

    Lebih daripada 70 peratus penerima biasiswa dikenal pasti sebagai penduduk kulit hitam, Latin, and Amerika Asli (BLNA) dan 50 peratus dikenal pasti sebagai wanita, kumpulan yang kini kurang diwakili dalam STEM.

    “Peluang-peluang ini amat penting untuk membina industri teknologi yang pelbagai dan memperkayakan komuniti kami. Pelajar ini mempunyai kerjaya cemerlang pada masa depan, dan kami tidak sabar-sabar untuk melihat mereka di program latihan Amazon mereka dan segala yang akan dicapai oleh mereka,” kata Victor Reinoso, Pengarah Global inisiatif pendidikan dermawan Amazon.

    Sains komputer ialah profesion yang paling pesat berkembang dalam bidang STEM. Biro Statistik Buruh AS meramalkan peluang pekerjaan untuk pekerja sains komputer akan berkembang 13 peratus antara 2020 dan 2030, namun hanya 8 peratus graduan STEM mempe-roleh ijazah sains komputer, dan hanya peratusan kecil daripada mereka yang datang daripada komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan dan kurang diwakili komuniti, menurut pengumuman itu.

    Selain itu, Biro Statistik Buruh melaporkan bahawa purata gaji tahunan untuk pekerjaan komputer dan teknologi maklumat ialah AS$91,250 pada Mei 2020, iaitu lebih daripada dua kali purata gaji tahunan untuk semua pekerjaan.

    Amazon Future Engineer, program pendidikan sains komputer dermawan global Amazon, berhasrat untuk merapatkan jurang antara pelajar yang berminat dan kursus dan peluang sains komputer. – Xinhua

    Setiap penerima Amazon Future Engineer Scholarship akan menerima AS$40,000 dalam tempoh empat tahun untuk belajar sains komputer di kolej pilihan mereka mulai musim luruh ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...