Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Amazon beli firma pembersih vakum iRobot

    NEW YORK, 8 OGOS – Amazon mengumumkan ia telah bersetuju untuk membeli firma pembersih vakum iRobot pada harga AS$1.7 bilion, menambah portfolio syarikat kepada koleksi kelengkapan rumah pintar di tengah isu lebih meluas daripada anti-monopoli dan sokongan privasi mengenai pengaruh pasaran Amazon dan keupayaannya dalam menguasai kehidupan pengguna.

    iRobot menjual produknya di seluruh dunia dan paling terkenal dengan pembersih hampagas berbentuk bulat Roomba, yang akan menyertai Alexa, robot Astro dan kamera keselamatan Ring dan sebagainya dalam senarai ciri-ciri rumah pintar yang ditawarkan oleh firma e-dagang dan teknologi yang berpangkalan di Seattle itu.

    Langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha Amazon untuk memiliki sebahagian daripada ruang kediaman menerusi perkhidmatan serta mempercepat pertumbuhannya di luar sektor runcit, menurut Neil Saunder, pengarah urusan GlobalData Retail.

    Beberapa robot pembersih rumah ditambah kepada barisan produk teknologi keluaran syarikat, menjadikannya lebih terbabit dalam kehidupan pengguna selain ciri-ciri statik seperti kawalan suara.

    Produk terbaharu Roombas menggunakan sensor untuk memeta dan meninjau pelan lantai rumah, menawarkan pelbagai data yang boleh digabungkan oleh Amazon bersama produk lain.

    Robot Astro, yang membantu dengan tugas-tugas seperti menetapkan penggera, dilancarkan pada tahun lalu. Namun pelancarannya adalah terhad dan menerima sambutan yang tidak memberangsangkan.

    Amazon belum mencatat kejayaan besar dengan robot kelengkapan rumah, namun pemerolehan iRobot dan reputasi pasaran syarikat yang kukuh menyediakan ‘asas yang kukuh dalam pasaran robot pengguna’ yang mungkin membantu Amazon meniru kejayaan produk speaker pintar Echo, kata Lian Jye Su, penganalisis industri robotik untuk ABI Research. – AP

    Robot pembersih vakum Roomba 980 diperkenalkan semasa pelancaran di Tokyo. Amazon mengumumkan ia mencapai perjanjian untuk membeli firma pembersih vakum iRobot pada harga AS$1.66 bilion. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...