Wednesday, December 7, 2022
24.6 C
Brunei

-

Amazon berhenti ambil pekerja korporat

NEW YORK, 6 NOV – Amazon akan menghentikan seketika pengambilan tenaga kerja korporatnya, tindakan terbaharu yang diambil oleh syarikat untuk mengurangkan kos di tengah kebimbangan mengenai persekitaran ekonomi yang meleset.

Eksekutif syarikat telah memutuskan untuk menghentikan ‘pengambilan pekerja tambahan baharu’ untuk keseluruhan tenaga kerja korporat dan menjangka pemberhentian akan berlangsung selama beberapa bulan, kata Beth Galetti, naib presiden kanan teknologi syarikat, dalam memo yang disiarkan di laman web Amazon baru-baru ini.

Syarikat akan ‘terus’ memantau perkembangan ekonomi dan perniagaan untuk membuat penyelarasan yang kami fikirkan sesuai,’ kata Galetti.

“Kami menghadapi persekitaran makro ekonomi luar biasa dan kami mahu mengimbangkan pengambilan pekerja dan pelaburan dengan mengambil kira keadaan ekonomi negara.”

Bergantung pada perniagaan, Galetti berkata Amazon akan menggaji pekerja untuk mengganti kakitangan yang telah meninggalkan syarikat.

Di sesetengah kawasan, ia akan terus mengambil dan menggaji pekerja secara beransur-ansur.

Sejak beberapa minggu lalu, Amazon telah menghentikan pengambilan pekerja korporat di divisyen runcit dan beberapa perniagaan lain.

Syarikat itu juga telah menutup subsidiari fabric.com dan perkhidmatan kesihatan Amazon Care.

Galetti berkata firma runcit dan teknologi berpangkalan di Seattle itu masih berhasrat untuk menggaji ‘beberapa orang penting’ pada tahun depan. – AP

Logo Amazon terpampang pada sidang media di New York pada 28 September 2011. Amazon akan menghentikan pengambilan pekerja korporat untuk mengurangkan kos di tengah kebimbangan mengenai ekonomi meleset. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Penghormatan buat Jiang Zemin

BEIJING, 6 DIS – Siren kedengaran di seluruh China hari ini ketika Parti Komunis mengadakan perkabungan bekas pemimpin, Jiang Zemin, memberi penghormatan kepadanya sebagai...
- Advertisment -