Amazon jenama paling bernilai

LONDON, 11 JUN – Syarikat gergasi runcit AS Amazon telah mengatasi syarikat teknologi tinggi Apple dan Google untuk menjadi jenama paling berharga di dunia, demikian menurut satu tinjauan hari ini.

Nilai jenama Amazon meningkat sebanyak 52 peratus kepada AS$315 bilion, kata agensi penyelidikan pasaran global Kantar dalam laporan 100 BrandZ teratas 2019.

Amazon melonjak dari kedudukan ketiga kepada tempat pertama untuk memintas Google, yang merosot daripada tempat pertama kepada tangga ketiga dengan Apple bertahan di tempat kedua. Syarikat runcit yang berpangkalan di Seattle itu ditubuhkan oleh Jeff Bezos dalam garaj beliau pada 1994, menduduki tempat pertama disebabkan pemerolehan utama, perkhidmatan pelanggan yang unggul dan gangguan model perniagaan, kata Kantar dalam satu kenyataan.

“Pemerolehan Amazon yang bijak, yang telah membawa kepada aliran pendapatan baharu, peruntukan perkhidmatan pelanggan yang baik serta keupayaannya untuk kekal di depan pesaingnya dengan menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan, telah membenarkan Amazon mempercepat pertumbuhan nilai jenamanya,” kata Kantar. – AFP