Amazon lancar jalur pergelangan tangan kesihatan

SAN FRANCISCO, 28 OGOS – Amazon semalam melancarkan jalur pergelangan tangan yang bukan sekadar menjejaki aktiviti tetapi mengukur betapa gembiranya seseorang berdasarkan nada suara mereka.

Amazon Halo menggabungkan data yang dikumpul oleh sensor jalur pergelangan tangan dengan alat kecerdasan buatan untuk memberikan maklum balas kepada pemakai berhubung keadaan fizikal dan mental mereka, kata syarikat internet itu.

“Meskipun peningkatan dalam perkhidmatan dan peranti kesihatan digital sejak satu dekad lalu, kami belum melihat peningkatan yang sejajar dengan kesihatan penduduk di AS,” kata ketua pegawai kesihatan Amazon Halo Dr Maulik Majmudar dalam satu kenyataan.

“Kami menggunakan kepakaran Amazon dalam kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin untuk menawarkan pelanggan cara baharu untuk menemui, mengamalkan serta mengekalkan tabiat kesihatan peribadi.”

Penduduk di AS dijemput untuk mengakses Amazon Halo, yang dijual pada harga AS$65 dan termasuk akses keahlian enam bulan untuk menggunakan analitis kecerdasan buatan.

Halo boleh membezakan intensiti aktiviti, membezakan berjalan daripada berlari, dan mengakses tahap lemak tubuh badan pemakai, menurut Amazon. – AFP