Friday, December 1, 2023
24.9 C
Brunei

    -

    Amazon lancar perkhidmatan penjagaan maya

    WASHINGTON, 10 NOV – Amazon berusaha sekali lagi untuk menjadi sumber penjagaan kesihatan tetap bagi pelanggannya dengan pelancaran perkhidmatan yang memberi tumpuan kepada penjagaan maya.

    Gergasi e-dagang itu mengumumkan pada Rabu bahawa pelanggan Prime mereka kini boleh mendapatkan akses cepat kepada penyedia penjagaan kesihatan melalui program yang berharga AS$9 sebulan atau AS$99 setahun.

    Pengumuman itu dibuat kurang daripada setahun selepas Amazon mengumumkan pengambilalihan bernilai AS$3.9 bilion untuk penyedia penjagaan utama berasaskan keahlian One Medical, yang mempunyai pejabat perubatan di lebih daripada 20 pasaran.

    Syarikat itu telah membuat beberapa percubaan untuk mengintegrasikan penjagaan kesihatan ke dalam platformnya dan telah mula membina momentum selepas beberapa halangan awal.

    Syarikat itu mengumumkan pada bulan Ogos bahawa ia akan menambahkan lawatan perubatan maya melalui video di semua 50 negeri ke dalam klinik maya yang dilancarkan tahun lepas.

    Melalui perkhidmatan baharu itu, pesakit akan dapat berhubung secara maya hampir sepanjang masa dengan penyedia penjagaan melalui program keahlian Prime One Medical mereka. Perkhidmatan ini termasuk perbualan video dan pilihan untuk membuat lawatan secara fizikal jika terdapat lokasi One Medical berdekatan. – AP

    Logo syarikat Amazon dilihat di sebuah bangunan di Schoenefeld, berhampiran Berlin pada 18 Mac 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...