Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Amazon rancang labur AS$2.5 bilion di Sepanyol

    MADRID, 17 NOV – Unit pengkomputeran awan Amazon, AWS merancang melabur AS$2.5 bilion di Sepanyol dalam tempoh 10 tahun akan datang, dan mewujudkan lebih 1,300 pekerjaan, kata syarikat e-dagang Amerika Syarikat (AS) itu semalam.

    Pelaburan akan digunakan untuk mendirikan dan mengendali hab pengkomputeran awan di Sepanyol, unit kelapan di Eropah, menurut syarikat dalam satu kenyataan.

    “Kami sedang menunaikan janji kami untuk membangunkan infrastruktur terbaik di dunia untuk membantu pelanggan di Sepanyol menikmati tahap tertinggi keselamatan dan kemapanan teknologi,” kata naib presiden perkhidmatan infrastruktur AWS, Prasad Kalyanaraman.

    Pengkomputeran awan – menyimpan data, perisian malah fungsi perniagaan di internet – telah mengambil alih teknologi terkini.

    Pandemik telah mempercepat peralihan kepada internet untuk kerja, pendidikan, membeli-belah, bersosial dan hiburan, sekali gus mendorong peningkatan permintaan pengkomputeran awan. – AFP

    Sebuah trak Amazon Prime kelihatan di jalan Pacifica, California. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...