Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Ambani komited salur AS$25 bilion, lancar 5G di India

    MUMBAI, 29 OGOS – Jutawan India Mukesh Ambani hari ini mengumumkan pelaburan sebanyak AS$25 bilion untuk melancarkan rangkaian 5G di India, bertujuan untuk mengukuhkan cengkamannya pada salah satu pasaran telefon pintar yang paling pesat berkembang di dunia.

    Dalam ucapan tahunannya yang disampaikan secara maya kepada para pemegang saham Reliance Industries – syarikat paling berharga di India – orang kedua terkaya di Asia itu berkata beliau percaya ‘kebebasan digital adalah hak asasi setiap orang India’.

    Empayar berbilion dolar Ambani dibina di atas minyak dan petrokimia, tetapi dia telah mempelbagaikan bidang baharu termasuk telekomunikasi, runcit dan tenaga boleh diperbaharui sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

    Pelancaran cawangan telekomunikasi Jio – menawarkan data ultra-murah pada kelajuan tinggi – pada 2016 mencetuskan perang harga yang kejam, memaksa pesaing mengalami kerugian selama bertahun-tahun.

    Mengumumkan pelaburan sebanyak dua trilion rupee (AS$25 bilion), Ambani berkata Jio akan melancarkan perkhidmatan 5G di bandar-bandar utama termasuk Delhi, Mumbai, Kolkata dan Chennai yang bertepatan semasa perayaan India Diwali pada akhir Oktober.

    Pelancaran pan-India akan menyusul, kata Ambani, dengan tujuan untuk meliputi setiap daerah di negara ini menjelang Disember 2023 – kawasan seluas 3.3 juta kilometer persegi.

    “Kami komited untuk menjadikan India sebagai ekonomi berkuasa data terbesar di dunia, malah mendahului China dan Amerika Syarikat. Jio 5G akan menjadi rangkaian 5G terbesar dan paling canggih di dunia,” kata Ambani. – AFP

    Gambar fail bertarikh 29 Ogos 2019 menunjukkan Mukesh Ambani semasa memberi ucapan di Gandhinagar. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...