Monday, March 17, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ambank, Digi tingkat kerjasama

    KUALA LUMPUR, 6 Ogos – AmBank Bhd telah memeterai perkongsian pembayaran elektronik (e-pembayaran) dengan Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) dengan menerima Kod Maklum Balas Pantas (Kod QR) aplikasi pembayaran mudah alih tanpa tunai, Vcash Digi sebagai perkhidmatan pembayaran tambahan.

    Perkongsian mengambil pendekatan serampang dua mata, menurut Ambank dalam kenyataannya hari ini.

    Pertama, terminal perisian perakaunan di tempat jualan (POS) peniaga AmBank akan diaktifkan untuk menerima urus niaga kod QC Vcash.

    Ini bermakna pengguna Vcash boleh membayar urus niaga mereka melalui aplikasi mudah alih Digi Vcash dengan hanya mengimbas kod QR untuk membayar.

    Kedua, Digi akan mendaftar untuk usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah program Pedagang Induk dengan AmBank. Ini akan diterjemahkan kepada lebih ramai peniaga menerima bayaran Vcash semasa mengembangkan pangkalan dagang AmBank.

    Datuk Sulaiman Mohd Tahir (dua kanan) melancarkan ‘AmAssurance on Tour’ Fasa 2 di Bangunan AmBank Group pada 20 Julai yang lalu. – Bernama

    Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata hubungan strategik dengan Digi melengkapkan usaha AmBank untuk memperluaskan penawaran produk kepada peniaga sedia ada dan baharu, sambil kekal relevan dan kompetitif dalam landskap digital.

    “Ia juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menyokong agenda Bank Negara Malaysia mempercepatkan migrasi ke perkhidmatan e-pembayaran, ketika kita bergerak ke arah menjadi masyarakat tanpa tunai,” kata beliau.

    Sulaiman berkata, dalam memajukan teknologi pembayaran e-dompet, AmBank berusaha untuk perkongsian yang lebih strategik bagi menawarkan penerimaan yang lebih meluas kepada para pelanggan.

    “Kami menghargai syarikat teknologi melengkapkan produk mereka dengan perkhidmatan kami.

    “Sementara itu, kami akan mempromosi perkhidmatan e-kiriman untuk pelanggan menghantar wang kepada anak-anak mereka yang belajar di luar negara dengan caj yang berpatutan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda