Sunday, March 23, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    AMBD, SEACEN akhiri kursus hari ini

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) dengan kerjasama South East Asian Central Banks Research and Training Centre (SEACEN) telah mengadakan kursus bertajuk ‘SEACEN Course on Dealing with Problem and Near Problem Banks’ selama lima hari yang berakhir esok (29 September).

    Kursus yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong itu telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Urusan (Regulatori dan Pengawalseliaan), AMBD, Hajah Rashidah binti Haji Mohd Sabtu, manakala ucapan alu-aluan disampaikan oleh Pengarah Kestabilan Kewangan dan Pengawalseliaan, Sistem Pembayaran dan Penyelesaian, The SEACEN Centre, Glenn Tasky.

    Menurut kenyataan dari AMBD, matlamat kursus itu diadakan adalah untuk memfokuskan kepada keperluan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bagi mengenal pasti tanda-tanda awal bank yang bermasalah, selain merancang langkah-langkah yang akan diambil apabila berlakunya masalah tersebut, selaras dengan rangka kerja undang-undang, bagi menggalakkan tindakan pembetulan yang bersesuaian ke atas bank tersebut.

    Kursus yang dikhususkan bagi bank pusat/autoriti monetari dari negara-negara SEACEN ini telah dihadiri oleh lebih 35 orang pegawai dari AMBD, National Bank of Cambodia, Reserve Bank of India, Bank of the Lao PDR, The Bank of Mongolia, Nepal Rastra Bank, Central Bank of Myanmar, Central Bank Chinese Taipei, Bank of Thailand, State Bank of Pakistan, The Brunei Darussalam Deposit Protection Corporation, Indonesia Deposit Insurance Corporation dan Deposit Insurance of Vietnam.

    Lebih 35 pegawai dari AMBD dan anggota negara-negara SEACEN yang hadir semasa kursus berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda