Nama pelakon Amber Heard dipandang buruk selepas kalah kes saman fitnah terhadap bekas suaminya, Johnny Depp.
Menerima banyak kecaman di media sosial, Heard menganggap perkara tersebut tidak adil kerana warganet terlalu mudah meletakkan hukuman tanpa mengetahui apa yang dilaluinya selama ini.
“Saya tidak kisah apa yang orang katakan tentang diri saya atau menilai hubungan perkahwinan sebelum ini. Tidak semua orang tahu apa yang telah saya lalui.
“Walaupun dibenci dan ada yang kata saya berbohong, awda tidak boleh anggap semua yang diperkatakan di media sosial adalah benar.
“Awda tidak boleh katakan keputusan tersebut adalah adil untuk saya,” katanya seperti yang dipetik dari People.
Mahkamah di Faifax, Virginia sebelum ini mendapati Amber membuat fitnah mengenai dakwaan dia didera oleh bekas suaminya, Depp.
Juri telah memutuskan bahawa pelakon Aquaman ini untuk membayar ganti rugi AS$15 juta kepada bekas suaminya itu.
Jumlah itu kemudian dikurangkan kepada AS$10.35 sejajar dengan had punitif yang dibenarkan undang-undang di negeri itu. – Agensi