Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Amber sewa anak demi raih simpati?

    Nama Amber Heard sekali lagi menjadi tumpuan apabila didakwa menggunakan anak perempuannya, Oonagh Paige bagi meraih perhatian dan simpati.

    Lebih menggemparkan pelakon Aquaman itu didakwa tidak pernah hamil apatah lagi melahirkan anak sebaliknya Onnagh merupakan anak damit yang disewanya.

    “Saya boleh mengesahkan bahawa Amber Heard tidak pernah mempunyai anak.

    “Dia menyewa atau pinjam kanak-kanak itu bagi tujuan meraih simpati peminat di media sosial.

    “Jika awda teliti dengan baik, setiap kali dia memuat naik gambar bersama anak, wajah dan saiznya berbeza-beza,” dedah seorang pengguna Twitter. Malah sehingga ke hari ini, Amber tidak mendedahkan siapakah bapa kepada anak perempuannya itu.

    Terdahulu, nama Amber menjadi hangat dan dibenci ramai selepas dia kalah dalam saman difailkan terhadap bekas suaminya, Johnny Depp.

    Amber mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga namun bukti di mahkamah menun-jukkan sebaliknya. – Agensi

    Amber Heard didakwa menggunakan anak perempuannya untuk meraih perhatian dan simpati. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...