Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Ambil berat kebersihan bangunan

    Menjaga kesejahteraan, keselamatan dan kebersihan perkara yang amat penting perlu dititikberatkan oleh pemilik-pemilik bangunan mahupun kedai.

    Dengan penjagaan perkara-perkara tersebut, para pelanggan yang hadir ke premis-premis atau gedung-gedung membeli belah merasa nyaman ketika berada di sana. Walau bagaimanapun, hasil pemantauan saya sendiri, sesetengah kawasan-kawasan membeli belah di negara ini kurang menitik beratkan perkara ini.

    Baru-baru ini saya pergi ke sebuah kawasan membeli belah di kawasan Kampung Berakas mendapati kawasan membeli-belah itu kurang kebersihan kawasannya, di mana sampah-sarap dibiarkan begitu sahaja tanpa disimpan dan ditutup dengan betul meskipun sudah disediakan tempat pembuangan. Akhirnya sampah-sarap yang dilonggokkan itu mengeluarkan bau yang kurang enak sehingga menarik haiwan-haiwan yang berkeliaran.

    Di samping itu juga, kawasan-kawasan kedainya juga dibiarkan kotor dengan najis-najis burung dan anjing sehingga menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Baru-baru ini juga saya turut mendapati satu perkongsian di laman media sosial tempatan mengenai kawasan membeli belah yang dikatakan begitu kotor. Memang tidak dinafikan sesetengah warganet mengatakan kawasan berkenaan sudah terbiasa dengan masalah kebersihan di sana.

    Namun, tidak menjadi salah sebagai warga tempatan menyuarakan masalah ini demi membisaikan keadaan negara kita agar molek dipandang warga asing. Justeru persoalan di sini, perlukah pihak relevan melakukan pembersihan ke atas bangunan kedai-kedai ini?

    Pembersihan perlu dibuat, tidak kira pemilik atau pihak relevan dan mungkin mengenakan denda kepada pemilik jika masih kotor, demi kesejahteraan orang awam. Pihak relevan perlu juga memikirkan pelanggan-pelanggannya dan bukan hanya berdiam diri demi hanya mendapatkan keuntungan. Selain itu, selenggaralah bangunan dengan baik.

    Pengguna

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...