Tuesday, October 8, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Ambil langkah proaktif’

    KUALA LUMPUR, 18 Sept – Kementerian Industri Utama hari ini menggesa semua pihak yang terlibat secara langsung dalam pembangunan industri buluh negara untuk mengambil langkah proaktif bagi memastikan transformasi berlaku dalam rantaian pengeluaran bermula daripada peringkat huluan hinggalah ke hiliran.

    Menterinya Teresa Kok berkata transformasi ini perlu dilaksanakan bagi melonjakkan pertumbuhan industri buluh yang pada masa ini hanya merekodkan eksport bernilai kira-kira RM300,000 pada 2017.

    Beliau berkata ketika ini, terdapat lebih 100 buah kilang pemprosesan buluh di Malaysia dan kebanyakannya merupakan industri kecil dan sederhana.

    “Sebagai contoh, jika dahulu kita hanya mengeluarkan produk seperti bakul dan pencucuk sate menggunakan buluh, kini kita perlu mengeluarkan produk buluh bernilai tambah tinggi seperti perabot, papan laminasi, komponen pembinaan dan produk novelti yang berinovasi.

    Teresa Kok Suh Sim (tengah) menyampaikan cenderahati kepada Country Head Wilmar Trading Ptd Ltd Indonesia, Darwin Indigo (dua,kanan) selepas Sesi Perkongsian Ilmu Pelaksanaan Program Biodiesel Indonesia oleh Wilmar di kementeriannya, baru-baru ini. – Bernama

    “Dalam konteks ini, inovasi dan kreativiti dalam menghasilkan produk yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi perlu dibudayakan,” kata Kok ketika berucap pada majlis perasmian Hari Buluh Sedunia 2018, di sini, hari ini.

    Turut hadir ialah Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia Datuk Dr Jalaluddin Harun.

    Kok berkata aspek ini perlu sentiasa dipupuk dalam kalangan usahawan industri kayu serta pelajar supaya dapat menggunakan sumber alam ini untuk menghasilkan produk yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda