Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Okt – Orang ramai yang berhasrat untuk mendapatkan barangan cenderahati Jubli Emas 50 Tahun bersempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kini boleh mendapatkannya di beberapa buah kedai cenderahati di negara ini.
Produk-produk cenderahati berkenaan boleh didapati di Aewon Kiarong dan Seria, Kedai Cenderahati Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, The Empire Hotel & Country Club, Happy Star Gadong, Hotel Radisson dan banyak lagi.
Produk cenderahati Jubli Emas 50 tahun ini menawarkan pelbagai produk seperti, penggantung kunci, gambar Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Baju T Polo dan bermacam-macam lagi.
Jualan Cenderahati Jubli Emas 50 Tahun ini bertujuan untuk sama-sama memeriahkan lagi sambutan berkenaan yang bakal bermula tidak lama lagi itu.

Di samping itu, jualan sebegini secara tidak langsung akan dapat mempromosi dan memperkenalkan Negara Brunei Darussalam kepada para pelancongan yang kebetulan mengunjungi Negara Brunei Darussalam semasa sambutan berkenaan, menurut kedai cenderahati di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
Antara jualan cenderahati yang telah mendapat sambutan menggalakkan ialah baju T Polo Jubli Emas 50 tahun yang mempunyai corak dan warna berbeza yang menarik.