Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Ambil pengajaran hijrah Rasulullah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OGOS – Kesabaran dan keteguhan hati dalam mencapai cita-cita atau wawasan walaupun mengalami kesulitan dan rintangan merupakan antara pengajaran yang dapat diambil dalam peristiwa agung sejarah Islam iaitu hijrah Baginda Rasulullah SAW dari Mekah Al-Mukaramah ke Madinah Al-Munawarah.

    Ini antara inti pati ceramah bertajuk ‘Hijrah Menuju Wawasan Kehidupan’ yang disampaikan oleh penceramah undangan Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jame’ Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sallehuddin pada Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1444 anjuran Badan Ugama Islam (BUI), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), di Surau Polis Gadong hari ini.

    Majlis juga diselajurkan dengan majlis Doa Selamat bagi meraikan kepulangan jemaah haji PPDB.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali.

    Kemudian majlis diteruskan dengan Dikir Marhaban bagi meraikan kepulangan jemaah haji PPDB dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan hadir selaku tetamu kehormat pada majlis sambutan yang diselajurkan dengan majlis meraikan kepulangan jemaah haji PPDB.- Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...