Wednesday, October 5, 2022
24.9 C
Brunei

‘Ambil vaksin atau berisiko dikenakan tindakan’

-

NAIROBI, 11 OGOS – Penjawat awam Kenya diberi masa sehingga akhir bulan Ogos untuk mendapat vaksin COVID-19 atau berisiko dikenakan tindakan tatatertib, menurut dokumen kerajaan yang dikeluarkan minggu ini.

Arahan itu dikeluarkan kerana parlimen akan mempertimbangkan usul untuk melarang orang yang tidak divaksin atau mereka yang tidak mempunyai sijil negatif COVID-19 berada di tempat awam dan swasta tertentu.

Kenya menyaksikan lonjakan kes koronavirus tetapi kempen vaksinasi mereka masih perlahan, dengan kurang dari tiga peratus dari 47 juta penduduk sudah divaksin.

“Sebilangan penjawat awam sengaja mengelakkan diri dari mendapat vaksin sehingga mereka dapat menjauhkan diri dari pekerjaan mereka dengan alasan bekerja dari rumah,” kata ketua perkhidmatan awam Joseph Kinyua dalam memo kepada kementerian-kementerian kerajaan.

“Ini bertentangan dengan akses untuk mendapatkkan vaksin yang telah meningkat”

Seorang doktor Kenya menyiapkan dos vaksin AstraZeneca COVID-19 di pusat Kesihatan Dandora di penempatan tidak rasmi Nairobi kelmarin. – AFP

Dia mengatakan terdapat pengambilan vaksin yang rendah di kalangan penjawat awam terutama di sektor keselamatan, guru dan pekerja perkhidmatan awam yang dikenali sebagai pekerja penting oleh kerajaan.

Mereka yang belum menerima suntikan pertama pada 23 Ogos akan “dikenakan tindakan disiplin dan tindakan sewajarnya diambil terhadap mereka”, kata Kinyua tanpa menjelaskan apa hukuman itu.

Negara itu menyasarkan untuk memvaksinasi sekurang-kurangnya 26 juta orang pada akhir tahun depan.

Pada akhir bulan lalu, kerajaan mengeluarkan perintah berkurung waktu malam di seluruh negara dan melarang perhimpunan awam, memperingatkan bahawa hospital semakin tenat.

Secara keseluruhan negara Afrika Timur telah mencatatkan lebih dari 213,000 jangkitan koronavirus di mana 4,221 telah terkorban. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

3 maut, 20 hilang bot Rohingya karam

COX’S BAZAR, BANGLADESH, 4 OKT - Tiga maut manakala hampir 20 lagi hilang selepas bot yang membawa kebanyakannya pelarian Rohingya, terbalik di Teluk Benggala...
- Advertisment -