Ambulans dipasang panel solar

OTTAWA, 23 OGOS – Toronto mengumumkan ia akan melengkapi ambulans dengan panel solar dan enjin elektrik bertujuan mengurangkan pencemaran di metropolitan terbesar di Kanada.

Kerajaan persekutuan, yang telah menetapkan sasaran negara untuk mengurangkan pengeluaran karbon sebanyak 30 peratus di bawah tahap 2005 menjelang 2030 di bawah Perjanjian Paris, memperuntukkan $1.1 juta dolar Kanada untuk peningkatan itu. Pembiayaan itu, menurut datuk bandar dan pegawai lain, akan digunakan untuk memasang panel solar di bumbung 215 buah ambulans dan lebih daripada 60 unit respons paramedik kecemasan, untuk menjana peralatan perubatan kritikal.

Ia juga akan membantu membayar enjin elektrik hibrid dalam lebih 100 ambulans untuk menjimatkan minyak dan mengurangkan pengeluaran karbon – untuk jumlah yang bersamaan pengeluaran kira-kira 2,900 kereta dari jalan raya untuk setahun. – AFP